Wednesday, February 20, 2013

Dari kita buat mereka

Semester ini impiannya tak nak menyepikan blog ni. Ni salah satu sumber bekalan pahala untuk aku kat dunia selepas mati nanti. Moga-moga apa yang dikongsi di sini memberi manfaat pada orang lain. 

Teringat Dr Akmar cakap dalam lecture kelmarin tentang Theories of Health & Illness Behavior;
"Setiap perbuatan kita pasti akan memberi kesan pada orang lain." 
Kadang kita rasa tindakan kita hanya akan affect kita seorang je. Contoh; seorang Diabetic patient tak nak commit amik Insulin ikut masa yang ditetapkan. Tiba-tiba, satu hari bila dah teruk sangat penyakit; kena tambah ubat -> kos perubatan naik + keluarga risau = kualiti hidup x bagus + orang sekeliling susah hati + pekerjaan x efektif & produktif + negara bermasalah ETC. 



Sekecil2 tingkah, mahupun sebesar2 amalan, semuanya pasti memberi impak pada hidup orang lain. 

JADI? 
Fikir sebaiknya sebelum membuat keputusan.
Fikir sebelum bercakap.
Fikir sebelum bertindak.
Moga kesan pada orang lain dari tindakan/perbuatan/keputusan/sikap kita semuanya yang menjadi bekalan PAHALA kita di akhirat kelak. 

23

Tak tahu kenapa. Sejak beberapa hari kebelakangan; rasa bekas pahala yang ditapaw untuk ditimbang di sana nanti terasa ringan. Bahkan bekas dosa terasa berat sehingga tidak mampu dipikul lagi.

Allah, selama 23 tahun hidup ni, dah berapa banyak MASA aku habiskan untuk sesuatu yang sia-sia.
Selama 23 tahun aku hidup ini, sudah berapa banyak WANG yang dikeluarkan untuk sesuatu yang tidak memberi manfaat untuk umat ini.
Selama 23 tahun hidup ini, entah berapa banyak TENAGA/ KETAWA/ AIR MATA yang aku sumbangkan untuk agama ini...

Teringin memutar masa kembali ke zaman kanak-kanak saat dosa pahala bukan ditanggung diri. Tapi itu sesuatu yang mustahil. MASA LALU terlalu jauh untuk kita kembali kepadanya walau ia hanya baru berlalu setahun/ sebulan/ seminggu/ sehari/ sejam/ seminit/ sesaat bahkan SEDETIK yang lalu. Terlalu JAUH bak kata Imam Ghazali. Jadi, gunakan kesempatan dan kesedaran yang ada SEKARANG agar tiada lagi penyesaln di masa akan datang.


Diriwayatkan daripada Abu Zar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda kepada aku:
"Bertakwalah kepada Allah walau di mana sahaja kamu berada dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya kebaikan tadi akan menghapuskan kejahatan dan bergaullah bersama manusia dengan akhlak yang mulia".
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Sementara pinjaman nyawa ini masih belum mencapai tarikh luputnya, gunakanlah MASA SEKARANG untuk mengerjakan kebaikan dan kebajikan moga-moga dapatlah terhapus MASA LALU yang pernah kita isi dengan kemaksiatan...

Siapa yang kita sembah?

Semalam kami bermuhasabah lagi. Ya, tajuk yang dibincangkan di surau ini masih sama; Akidah, Iman, Ujian, Motivasi diri dan banyak lagi. Tajuk kami mungkin x sehebat yang dibincangkan oleh mereka yang lain. Namun, aku tetap bahagia bersama semua di sini, sama-sama berkongsi untuk semua rasa Allah itu hebat.

Moderator: "Siapa yang kita sembah semasa kita solat?"

Jemaah surau: Tanpa banyak berfikir: kebanyakan menjawab; "Allah"

Moderator: "Betul ke kita awak sembah Allah waktu solat tadi"

JS: Baru faham maksud sebenar soalan dan semua teragak-agak untuk menjawab..


Sekarang kita tanya pada diri, benarkah kita menyembah Allah di dalam solat kita?
Adakah kita benar-benar menjaga setiap gerak laku anggota kita termasuk hati agar terus-terusan berhubung dengan-Nya dalam solat kita?
Adakah fikiran kita benar-benar fokus dengan hanya memikirkan Allah semata-mata?

Muhasabah diri kita. Hakikatnya, bila selesai urusan SOLAT kita (tuntutannya dijaga dengan baik), baiklah segala urusan kita yang lain sebagaimana Allah berfirman dalam Surah al-Ankabut, ayat 45;
"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."
[29: 45]

Moga Allah redha~