Adakah kita
benar-benar orang yang beriman???
Adakah kita
orang yang menepati janji?
"Wahai
orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.
Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak (dan sebagainya),
kecuali apa yang akan dibacakan (tentang haramnya) kepada kamu. (Halalnya
binatang-binatang ternak dan sebagainya itu) tidak pula bererti kamu boleh
menghalalkan perburuan ketika kamu dalam keadaan berihram. Sesungguhnya Allah
menetapkan hukum apa yang Ia kehendaki."
[5: 1]
Adakah kita
orang yang membantu orang lain dalam berbuat kebaikan?
"Wahai
orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati
mengenai syiar-syiar ugama Allah, dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan
mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan
mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang yang
menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan
mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan
ibadat Haji di Tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka
bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum
kerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam itu - mendorong
kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan
dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa
(maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya
Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)."
[5: 2]
Adakah
wudhuk kita selama ini kita sempurnakan?
"Wahai
orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal
kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua
belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan
basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub
(berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak
boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari
tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air
(untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu
yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah
- debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan
(kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak
menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur."
[5: 6]
Adakah kita
orang yang berusaha menegakkan keadilan ?
"Wahai
orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang
yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan
sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada
tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua)
kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan."
[5: 8]
Adakah kita
benar-benar cinta Allah?
"Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di
antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan
mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia;
mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku
tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan
bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang
yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya
kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya,
lagi Meliputi PengetahuanNya."
[5: 54]
Adakah kita
orang yang takutkan Allah?
"Wahai
orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan
ugama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang yang telah
diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi
penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang
yang beriman."
[5 : 57]
Adakah kita
mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah?
"Wahai
orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik
yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas
(pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak
suka kepada orang-orang yang melampaui batas."
[5: 87]
Ini hanya
sebahagian dari seruan yang wajib disahut oleh mereka yang mengaku beriman.
Hanya
sebahagian.
Masih banyak ayat-ayat di dalam Al-Quran ini merupakan amanah untuk
kita laksanakan.
Jangan hanya mengaku beriman, tetapi perintah-Nya kita
tinggalkan malah larangan-Nya kita perjuangkan.
Astagfirullah.
JOM
SAMA-SAMA BERUSAHA UNTUK JADI MEREKA YANG BENAR-BENAR BERIMAN!
KITA BUKAN
ISLAM HANYA ATAS NAMA SAHAJA KAN? :)
No comments:
Post a Comment