Tuesday, November 6, 2012

TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Tak kenal maka tak cinta.

Selalu dengar pepatah melayu ini bukan?
Sungguh, perkenalan itu membuahkan cinta.
Sudah berapa banyak buah-buahan cinta kita tuai hasil tanaman biji benih taaruf bersama?
Satu? 

Sepuluh?
Seratus?
Seribu?
Atau banyaknya sehingga tak terkira oleh kita?

Hanya perkenalan yang sebenar-benarnya mampu membuahkan cinta murni sesama kita.

Iaitu perkenalan yang berpaksikan keimanan kepada Rabb Yang Maha Pengasih.
Yang balasannya hanya diharapkan dari Tuhan Yang Maha Memberi.
Sungguh, hanya kerana Dia Yang Maha Penyayang ini yang mampu menaut hati-hati kita untuk berkasih sayang.

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.
~ar-Ruum; ayat ke-22

Kita semua ini berbeza perwatakannya.
Ada yang lemah-lembut, ada yang tegas.
Ada yang peramah, ada yang pendiam.
Ada yang slumber, tak kurang juga yang sensitif.
Namun ini bukan halangan kita untuk bersama menyulam cinta.
Asal kita tahu berlapang dada,
Pasti semua akan bahagia.

Semoga semua dalam redha Allah sentiasa.

@Surau A + Teratak kitahamba, 06112012


Saturday, November 3, 2012

adakah kita orang beriman?

Adakah kita benar-benar orang yang beriman???

Adakah kita orang yang menepati janji?
 "Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian. Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak (dan sebagainya), kecuali apa yang akan dibacakan (tentang haramnya) kepada kamu. (Halalnya binatang-binatang ternak dan sebagainya itu) tidak pula bererti kamu boleh menghalalkan perburuan ketika kamu dalam keadaan berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa yang Ia kehendaki."
[5: 1]

Adakah kita orang yang membantu orang lain dalam berbuat kebaikan?
 "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar ugama Allah, dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)."
[5: 2]

Adakah wudhuk kita selama ini kita sempurnakan?
 "Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur."
[5: 6]

Adakah kita orang yang berusaha menegakkan keadilan ?
 "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan."
[5: 8]

Adakah kita benar-benar cinta Allah?
 "Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya."
[5: 54]

Adakah kita orang yang takutkan Allah?
 "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan ugama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman."
[5 : 57]

Adakah kita mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah?
 "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas."
[5: 87]

Ini hanya sebahagian dari seruan yang wajib disahut oleh mereka yang mengaku beriman.
Hanya sebahagian. 
Masih banyak ayat-ayat di dalam Al-Quran ini merupakan amanah untuk kita laksanakan. 
Jangan hanya mengaku beriman, tetapi perintah-Nya kita tinggalkan malah larangan-Nya kita perjuangkan.

Astagfirullah.

JOM SAMA-SAMA BERUSAHA UNTUK JADI MEREKA YANG BENAR-BENAR BERIMAN!
KITA BUKAN ISLAM HANYA ATAS NAMA SAHAJA KAN? :)