AHLI PANEL:
Ustaz Pahrol Mohd Juoi, Editor Majalah Solusi (My Favret Author...>_<)
Puan Rosmawati, Pengasas Raudhatul Sakinah
Mohamad Azizudin Fahmi, YDP PERSIAP (abang 19...~~)
~maaf coz buat dlm point form je~
1. Soalan: ape maksud tajuk di atas?
~Siapa bijak?
-Kita hanya dikatakan bijak bila kita ada hikmah (wisdom).
-Disebutkan dalam satu hadis, Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam ditanya : Siapakah manusia yang paling bijak? Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata : “Mereka yang paling banyak mengingati mati, dan yang paling banyak membuat persediaan untuknya. Itulah orang yang bijak, mereka pergi dengan kemegahan dunia dan kemuliaan akhirat.” [Diriwayatkan oleh al-Tabarani dan al-Haithami berkata : Sanadnya hasan]
-Mereka y mempunyai sense of d end
>Iaitu mereka y yakin bkn sahaja ada nya here, but also hereafter
>Iaitu mereka y bkn sahaja bijaksini malah bijaksana
-Mereka y mempunyai feeling of GOD>>>beriman
~Apa itu zina?
-Perkara2 y betul2 zina - melakukan hubungan kelamin antara lelaki dan perempuan yang tidak mempunyai ikatan perkahwinan yang sah.
-Perkara2 y menghampiri zina = mukaddimah zina
>Allah berfirman dalam surah al-Isra’:32
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”
Allah berpesan supaya kita jangan hampiri bukan jangan melakukan sebab Allah tahu hamba2-NYA ni sukar untuk mengawal nafsunya.
>Antara contoh perkara y menghampiri zina:
o Lidah – double meaning words, signal y blh menaikkan syahwat.
o Hati – keinginan, kerinduan, harapan
o Mata – pandangan
-sesungguhnya mata ialah jendela hati
-Allah berpesan kepada Muslimin:
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.” An-nur:31
-Allah juga menambah pesan pada Muslimat,
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. “ An-nur:32
o Tangan – bersentuhan
o Kaki- bila melangkah ke tempat maksiat
~Apa faktornya?
-Inside out
>percaya pada Allah (dengan akal) tapi tidak yakin (dengan hati)
-hakikatnya keyakinan sangat penting kerana ia akan mengubah peribadi seseorang. Ia akan mewujudkan sistem nilai yang diperlukan dalam rasional pemikirannya.
-Ia akan mempengaruhi sikap individu, justeru behaviour, seterunya character yang akhiranya membentuk personality individu tersebut.
>percaya pada Hari Akhirat, syurga dan neraka tapi belum benar2 yakin
-beza antara manusia yang tahu tetapi tidak ‘rasa’ dengan manusia yang benar2 tahu dan ‘rasa’.
-oleh itu, perlunya ilmu untuk menundukkan akal, perlunya mujahadah untuk menundukan hati.
-Outside in
>aurat muslimah y tidak terjaga
>pergaulan bebas
>hiburan melampau
2. Soalan: sudah banyak usaha y dijalankan tapi lebih banyak zina y terjadi.
~cukupkah sekadar menubuhkan Sekolah Harapan? ~~
~belum cukup kalau kita sekadar menjadi mahasiswa bijak tapi x berusaha untuk
menghidupkan masyarakat.
~ibu bapa sekarang dah liberal > terlalu member kebebasan kepada anak2.
Bukti, antara dialog seorang ibu bila anaknya mengandung anak luar nikah: “saya dah pesan pada boyfren anak saya spy hantar nak sy balik sebelum 10pm....” ~?????~
~remaja sekarang risau in future, diorang xde pasangan, then cari awal2.
~apa y kte hafal dalam solat, kte faham ke?
-sepatutnya, kte tegakkan tiang2 agam ini as perisai
~persekitaran y x membina
~Remaja takut kehilangan cinta
~kte nak jadi macam orang lain, kte takut 2 b different.
~kepada remaja y bercinta@bercouple>>nak bawa cinta ke mana? Tepuk dada, tanya iman.
”sesungguhnya semangat orang muda dan kebijaksanaan orang tua perlu seiring bagi menyelesaikan masalah ini”
3. Apakah peranan mahasiswa?
~pada suatu hari Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah, sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, " Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman, sedangkan aku berada ditengah-tengah kamu," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.
~Islam datang dengan cahaya
~kte pemuda pemudi merupakan agen perubah.
~Jadikan diri kita sbagai contoh yang baik kepada orang lain. Bagaimana? Izzahkan Islam dalam diri dan insyaAllah akan merebak kpd masyarakat.
~kte menjadi bualan masyarakat, mereka memandang kita. Bila baik peribadi y kte tonjolkan, mudah-mudahan dapat merubah peribadi masyarakat lain juga.
~dalam satu kajian y dijalankan terhadap lebih 5o negara tentang budaya hiburan dalam masyarakat, Malaysia mendapat tempat ke-10. Ini menunjukkan hedonisme sangat mempengaruhi budaya masyarakat kita sekarang. Solusi?
-jaga ibadat
-jaga ilmu > faham dan amalkan
-jaga akhlak
4. Apakah rasional pengharaman couple?
~siapa y x buat preparation, perlu buat correction(repel).
~xde istilah terlanjur
-sebab zina itu mesti dimulai dengan mukadimah2 zina
-xkan jadi if masih ada iman
~atas keyakinan kita, ada tindakan kita
-analoginya, bila ada road block kat jalan raya, mesti banyak kereta y akan meninggikan lampu u memberitau kita y ada sekatan jalan raya kat depan. Jadi, waktu tu la, y xpakai tali pinggag keledar akn cepat2 tarik tali pinggang u pakai, y mengantuk terus akan jd segar, y xde lesen akn cepat2 tukar pemandu, n sebagainya.
~Dosa ada 4 peringkat.
1) Rasa bersalah bila melakukan dosa
2) Rasa biasa
3) Suka
4) Jadi pembela
~Allah tahu segala y terbaik untuk kita, berbanding diri kita sendiri tahu apa y terbaik untuk kita
~banyak rajaran Islam y merasionalkan akal kita
~dalam 1 kajian, 95% orang y couple, xberkahwin dgn orang y dia bercouple tu. Daripada 5% y berkahwin dgn pasanga y dia couple tu, hanya 5% y bahagia. (5% daripada 5% ok!)
~semakin banyak kemanisan y dirasai sebelum perkahwinan, semakin tawar dan hambar keadaan selepas perkahwinan.
~pay now, play later.
~couple sekarang dah dianggap budaya
-apa y salah, kita rasa betul n vice versa
-coz dipromosi melalui media seolah-olah inilah budaya kita.
~what v shud do?
-jahil >>> dakwahkan. Pelajaran perlu diutamakan, dakwah jangan disampingkan.
-nafsu>>>tundukkan. Jalankan program2 y baik. (baik ikut skema Allah dan Rasulullah)
>ingat, musuh utama orang muda is masa lapang. So, isi masa lapang dgn program2 berfaedah. Beribadahlah hingga penat melakukan maksiat.
-sumber2>>>perangi. Tutup semua2 sumber y boleh menggalakkan kita u menghampiri zina o bercouple.
-lemah?>>>doa. Mohon kekuatan dari-NYA.
~ingat, siapa y menyemai angin, terpaksa menuai badai
5. Bagaimana Raudhatul Sakinah membbantu remaja2 ini?
PERINGATAN! INI BUKAN PROMO!
~raudhatul sakinah ditubuhkan pada tahun 1998. Pada 1999, mereka datang dengan slogan: “Selamatkan 1 jiwa. Save a soul”. Sehingga kini, makin banyak RS ditubuhkan walaupun matlamat mereka, by 2020, mereka nak tutup semua cawangan RS n negara kita mencapai gejala sosial sifar.
~sekarang, mereka turun ke sekolah2 untuk mendidik. Sebenarnya, RS hanya dibuka untuk ‘mangsa’ keadaan. Dengan kempennya, Anda Bijak Jauhi Zina. Ada y mempertikaikan penggunaan perkataan zina sebab macam agak keras tapi d word is chosen u kita merasakan ‘azab’ dari perbuatan tersebut.
~kenapa RS buat semua ini?
“Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?" Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa".” Al-Aaraf:164
~bagi sokongan kpd mereka y berusaha u berhijrah. Don’t b selfish! Be humble.
~if u want to change d world, u’ve to change urself.
~mari kita semua membangunkan ummah!
~hidupkan malam
~berani u berhijrah. (taubat!)
~”di mana kita, saat mereka memerluka teguran?”
6. Cara pelajar untuk elak?
Jawapannya tersurat n tersirat dalam KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.
~Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah di Lembah Uranah, Gunung Arafah
“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.”
~WASIAT RASULULLAH S.A.W.
“Telah bersabda Rasullah s.a.w. Jibrail sentiasa mengharap-harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu, sembahyang yang lima berimam, duduk bersama ulamak-ulamak, menziarah orang sakit, menghantar jenazah, memberi air minum, mendamaikan diantara dua orang bermusuh-musuhan dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim. Maka bersungguh-sungguhlah engkau diatas perkara tersebut”.
~as remaja, pastikan:
-solat kita berkualiti
-banyakkan berpuasa sunat
~jangan percaya pada masa muda, kerna tua bukan syarat mati
No comments:
Post a Comment