Tuesday, July 20, 2010

ADAB2 DALAM MAJLIS ILMU DIPETIK DARI KITAB 101 DOA & ADAB PELAJAR TERBITAN TELAGABIRU

1. Hadir ke majlis dalam keadaan bersih dan suci.
2. Memakai haruman bagi golongan lelaki.
3. Duduk dengan tenang
4. Sekiranya memberikan pandangan, berkatalah dengan tenang dan berhikmah.
5. Memulakan majlis dengan bertahmid sekurang-kurangnya AlhamdulilLah dan bersalawat ke atas Nabi sekurang-kurangnya Allahumma Salli 'ala Muhammadin.
6. Berdoa dengan doa-doa tertentu untuk kebaikan para hadirin dan hadirat.
7. Membaca ayat-ayat al-Quran, iaitulah seorang dari mereka yang lunak suaranya akan memperdengarkan bacaan dari ayat-ayat pilihan.
8. Berbincanglah dalam majlis isu-isu yang menjadi keutamaan para hadirin hadirat untuk diketahui.
9. Mengakhiri majlis dengan membaca surah al-Asr dan tasbih kaffarah.
~ USTAZ ZAHAZAN MOHAMED

No comments: