Tuesday, July 27, 2010

"10 AMALAN YANG TERBALIK"


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali
tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita
adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makankenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun.
Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri.
Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.
Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.
Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sunday, July 25, 2010

kuingin cahyaMU



Sendiri Menyepi..

Tenggelam dalam renungan

Ada apa aku seakan kujauh dari ketenangan

perlahan kucari, mengapa diriku hampa…

mungkin ada salah, mungkin ku tersesat,

mungkin dan mungkin lagi…

Oh Tuhan aku merasa

sendiri menyepi

ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi

sampai kapan ku begini

resah tak bertepi

kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala

benderang di hidupku..

Perlahan kucari, mengapa diriku hampa

mungkin ada salah mungkin ku tersesat,

mungkin dan mungkin lagi

Oh Tuhan aku merasa..

sendiri menyepi…

Ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi

sampai kapan ku begini

resah tak bertepi

kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala

Oh Tuhan aku merasaaaaaaaa……

seeeeendiri….aku merasa sendiri..

sampai kapan begini

resah tiada bertepi…Ooohh..

Kuingin cahyaMu

benderang di hidupku..

Saturday, July 24, 2010

NO MORE KNOW MYSELF :'(

Teringat kisah semalam..
bila button kesayangan aku hilang di padang.
Bila tersedar y button tu tercicir kat tengah padang, puas aku meneliti rumput2 hijau u mencarinya tapi sia2 coz lansung xnampak kelibat button tu. At dat time, i almost give up to find it.
N bila all 1st n 2nd yr bkumpul lepas dah abis program, sorang sahabat tanya if ade sape2 y ade hilang button. Wat is my feeling? Mestilah sangat gembira kan?

N now, d worst situation is....
bila kekuatan diri ak hilang,
n ak dah xmampu nak mencarinya coz I never know where d place shud i find it,
will dat b sumbody will give d strength back to me?
O at least, show me d way dat i shud follow to get dat...


...shaking while typing dis post~~

saya nak membazir air mata saya sekarang...

Tuesday, July 20, 2010

ADAB2 DALAM MAJLIS ILMU DIPETIK DARI KITAB 101 DOA & ADAB PELAJAR TERBITAN TELAGABIRU

1. Hadir ke majlis dalam keadaan bersih dan suci.
2. Memakai haruman bagi golongan lelaki.
3. Duduk dengan tenang
4. Sekiranya memberikan pandangan, berkatalah dengan tenang dan berhikmah.
5. Memulakan majlis dengan bertahmid sekurang-kurangnya AlhamdulilLah dan bersalawat ke atas Nabi sekurang-kurangnya Allahumma Salli 'ala Muhammadin.
6. Berdoa dengan doa-doa tertentu untuk kebaikan para hadirin dan hadirat.
7. Membaca ayat-ayat al-Quran, iaitulah seorang dari mereka yang lunak suaranya akan memperdengarkan bacaan dari ayat-ayat pilihan.
8. Berbincanglah dalam majlis isu-isu yang menjadi keutamaan para hadirin hadirat untuk diketahui.
9. Mengakhiri majlis dengan membaca surah al-Asr dan tasbih kaffarah.
~ USTAZ ZAHAZAN MOHAMED

Sunday, July 18, 2010

update

sekian lama x update blog disebabkan kekangan masa...
yang sedihnya, bukan blog je x update ilmu ukhrawi pun x top up sepanjang lebih kurang 2 bulan ini...
hanya mengharapkan perkongsian dari sahabat2 lain...


sangat nak balik rumah! :(

ENAM PEGANGAN


Landasan Nabi-nabi yang telah lalu ialah orang-orang yang menyampaikan risalah Allah, serta mereka takut melanggar perintahNya dan mereka tidak takut kepada sesiapa melainkan Allah. Dan cukuplah Allah menjadi penghitung (akan segala apa yang dilakukan oleh makhluk-makhluk untuk membalasnya.)
(Al-Ahzab; 27:39)
Lihat juga As-Saba; 34:46-50

~Agama hanya dapat dirasakan oleh sesiapa yang menegakkannya dalam dirinya.
~Bahagia dan saadah hanya akan dirasakan oleh orang yang membela keyakinan, kebenaran dan keadilan.
~Kemenangan dan kejayaan hakiki hanya akan diberikan kepada para pejuang yang rela berkorban, kuat menahan penderitaan dan kepapaan.
~Kesabaran dan ketahanan berjuang hanya akan diberikan kepada mukmin yang mendekatkan dirinya kepada Allah Subhaanahu wa Taaala.
~Tegaklah dengan keyakinan dan perjuangan kerana makna dan guna hidup terletak pada keyaqinan perjuangan.
~Belajar memanfaatkan diri guna kepentingan cita dan agama.

Monday, July 12, 2010

bukan senang nak jadi baik...


Bukan senang nak jadi baik. Baik ikut neraca Tuhan bukan ikut neraca manusia.
Bkn sng nk ubah diri dr solat cam aym patuk dedak kpd khusyuk smpy leh nangis dlm solat.
Bkn sng nk ubh dari pky baju ‘kecik’ kpd pky baju ‘bsr’.
Bkn sng nk ubh dari pky tdung ‘bawal’ kpd pky tdung ‘akel’.
Bkn sng nk ubah diri dr ble bosan cari komik u dibace kpd cari buku2 agame u dihadam.
Bkn sng nk ubh dr g program pape sbb nak dpt merit smate kpd ikhlas hanye kerana-Nya.
Bkn sng nk ubah dr asyik cbuk tgk tv kpd cbuk dgr ceramah/tazkirah.
Bkn sng nak ubh dari dgr lagu2 y lnsg xwat kta ingat Tuhan kpd lgu2 Maher Zain, In-Team, Raihan n others.
Bkn sng nk ubah dr bila bosan anta msg karut marut o teka-teki kat kwn kpd anta msg2 peringatan u dri sndri n kwn.
Bkn sng nk ubh diri dr bgun kol 4pg u tgk Chelsea vs Livpul kpd bgun pg u mngadu pada-NYA.
Bkn sng nk ubah diri...apatah lagi nak istiqamah...
Pujuklah hati...lihatlah guna mata hati...
Hidup kat dunia hanya smentara je...
Mmg xmudah...klu senang, xrmy la plak msuk neraka kn?
Tp cubalah u berubah...ALLAH xtgk hasilnye...tp ALLAH pndg usahe kte...
Di mana pun kte, siape pn kte, brpe pn umur kte...ingatlah,kte hamba-NYA.
H.A.M.B.A.