Sedikit perkongsian hasil tadahan ilmu dan pengalaman sepanjang menyertai KACAK.
1st meeting
Alhamdulillah, Allah pillih diri ini untuk menjadi sebahagian dari team pelaksana KACAK; Konvensyen Aku Cinta Allah dan Rasul. Waktu 1st meeting sampai agak lewat ke pejabat OHCS walaupun dah terlebih awal kami bertolak? Sebab? Salah naik train! (Seperti biasa. lalalala~) Tapi yang best nya, Allah singgahkan kami di Tanah Perkuburan untuk mengingatkan kami tentang mati. And plus, Allah nak bagi aku masa untuk lebih mengenali dengan adik usrah yang sorang ni. Heh. Always see d bright side of what had happened to you, then u'll be happy insyaallah.
28 Jun; Rehearsal
Alhamdulillah. Sampai sebelum organisasi utama pun xde lagi kat dewan tu (Sebab Pak Guard tak bukak pintu lagi kot). So, sempat la kitorang ke hulu ke hilir sekejap depan Main Auditorium IIUM ni. Sempat la teruja nampak 'buaya' (biawak besar!) and bangau kat sungai tepi tu. Cam x percaya je wujud binatang2 tu kat bumi Gombak ni. :)
Siap briefing, packing all d goodies bags, officially I am one of d catering crew. Benda yang kita nak elak tu la yang kita dapat kan.? But its ok. Seronok je nak tolong urus hal makanan orang ni, cuma masalah sikit bila nak kena setle hal2 VIP. Hmm. Positif2. VIP semua Ustaz2, so ada peluang lebih amik berkat dari Ustaz2 dari dekat walaupun surely kitorang akan segan tahap dewa 2 hari nanti. Wait and see. ~~'
Cuak menanti esok. Semoga Allah ajarkan kami ikhlas dalam memberi. Semoga Allah beri kefahaman kepada kami untuk beramal. Semoga Allah permudahkan dan redhai segalanya..
29 Jun; Hari Pertama KACAK
Pemberitahuan awal; Saya mungkin x dapat kongsi 100% apa yang saya peroleh di sana. Dan penulisan ini bukan 100% perkongsian dari setiap slot sepanjang KACAK. Perkongsian ini sekadar untuk mengingatkan diri sendiri tentang ilmu dan pengalaman yang Allah izinkan saya belajar darinya. Semoga ada yag membuahkan amal kepada saya dan anda semua.
An introduction
Pembuka bicara dari MC bertauliah. Yang sempat aku kaut tengah 'khusyuk' tunggu ustaz kat meja VIP ni;
"After nikah, Muslimat dah xkan meng'usha lelaki lain dah and vice versa." Setuju? Sori la, aku pun x tau kenapa dalam banyak2, ni yang paling jelas kat telinga. Tapi Allah pun kata antara hikmah perkahwinan ialah untuk kita menundukkan pandangan pada yang tidak sepatutnya kan? :) Take note ye.
MC juga sempat mengingatkan para peserta untuk sentiasa mengamalkan doa yang dibaca antara tahiyat akhir dan salam. Waktu attend Fiqh Solat dulu pun Ustaz Hasrizal @ UZAR keep highliting untuk semua umat akhir zaman ini mengamalkan doa perlindungan ini..
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila seseorang kamu selesai dari membaca tasyahhud (iaitu tahiyyat akhir), maka mintalah perlindungan dengan Allah dari empat; dari azab neraka jahannam, dari azab kubur, dari fitnah hidup dan mati dan dari kejahatan fitnah (ujian) Dajjal”.
(Riwayat Imam Muslim)
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari azab api neraka jahannam, dari azab kubur, dari fitnah/ujian ketika hidup dan mati dan dari kejahatan fitnah Dajjal”.
And/ Or
Daripada Saidina Ali RA, katanya : Rasulullah SAW apabila bersolat, bacaan terakhirnya antara tasyahhud dan salam :
اَللََّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّيْ، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ
Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah dosaku apa yang terdahulu dan yang terkemudian, apa yang tersembunyi dan apa yang terzahir, apa yang terlampau dan apa-apa yang Engkau lebih mengetahui daripadaku. Engkaulah yang Maha Terdahulu dan Engkaulah yang Maha Akhir, tiada Tuhan kecuali Engkau”.
(Riwayat Muslim).
Merintis Jalan Mengenal Allah; Ustaz Zul Ramli M. Razali
Dalam usaha kita untuk mengenal Allah (Ma'rifatullah), pohonlah untuk memiliki hati yang lembut agar sentiasa mengasihi-Nya. Ustaz ada menjelaskan tentang hukum berdoa iaitu sunat dan wajib. Sunat berdoa untuk segala kebaikan seperti yang sebelum ini kita lakukan. Dan terdapat juga doa yang wajib kita meminta iaitu....?
Yes, memohon petunjuk ke jalan yang lurus, yang sekurang-kurangnya kita wajib minta 17 kali sehari dalam setiap rakaat solat kita. Berdoalah supaya kita ditetapkan dalam hidayah dan dibesarkan dengan hidayah-Nya ini.
Manusia sentiasa mencari Tuhan. Itu fitrah. God spot atau Quwwah nutqiyah itu memang wujud dalam diri manusia, membawanya kepada Tuhan Sang Pencipta. Malah, dalam diri sejahat-jahat manusia yang pernah dikenali di muka bumi ini yakni Firaun juga mengaku beriman kepada Tuhan Musa dan Harun..
Manusia sentiasa mencari Tuhan. Itu fitrah. God spot atau Quwwah nutqiyah itu memang wujud dalam diri manusia, membawanya kepada Tuhan Sang Pencipta. Malah, dalam diri sejahat-jahat manusia yang pernah dikenali di muka bumi ini yakni Firaun juga mengaku beriman kepada Tuhan Musa dan Harun..
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)!
"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia
"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!"
[ al-Fajr: 27-30]
Marilah menjadi orang yang diseru Allah dalam ayat-ayat ini. Semoga Allah menjemput kita ke syurga-Nya di akhirat nanti. Doa. Doa. Doa.Qada' dan Qadar; Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri & Ustaz Ridhauddin Mohd Salleh
Sedikit sebanyak apa yang berjaya dicatat sepanjang perkongsian Ustaz Zul, Ustaz menyebut tentang beza antara Istidrak (nak mendapatkan sesuatu) dan Istidraj yang bermaksud sesuatu kepelikan yang berlaku walaupun maksiat semakin banyak dilakukannya tetapi kisah pengakhirannya malap dan kelam. Oleh itu, dalam 'mengukur' sesuatu ketentuan, usah diukur mengikut neraca duniawi semata-mata. Cari akhirat dalam setiap tingkah. Diceritakan tentang seorang wanita cantik dan kaya, dia mampu untuk memiliki apa sahaja yang dia mahu, Suatu hari dia mengadu hatinya tidak tenang. Lantas dinasihati untuk bangun qiyamulail, banyakkan istigfar dan bertaubat. Alhamdulillah, selepas itu jiwanya tenang.
"...Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya)..."
[ al-Hujurat: 13]
Allah tidak adil?
Ini kisah untuk kita gali sedikit ibrah tentang keadilan Allah..
Suatu hati seorang pemuda telah bertanya kepada Nabi Musa mengenai qada' dan qadar. "Hai Musa, kiranya benar tuhanmu maha mengetahui, tunjukkanlah salah satu buktinya kepada ku," cabar si pemuda. Maka dijawab oleh Nabi Musa, "Baiklah, esok, cubalah engkau berjalan ke arah ini dan berhentilah di sebuah batu yang besar. Berlindunglah kamu di balik batu tersebut dan saksikanlah keluasan ilmu Allah dan ketelitian perancangan-Nya."
Keesokan paginya, bergeraklah pemuda tersebut ke arah yang dinyatakan oleh Nabi Musa. Setibanya dia ke batu tersebut, dia pun bersembunyi. Terdapat sebuah mata air mengalir di bawah batu itu. Tidak lama selepas itu, datanglah seorang lelaki menaiki kuda. Setelah minum dan memberi minum kudanya, lantas dia berlalu pergi. "Eh, kantung airnya tertinggal," bisik pemuda itu. Mahu rasanya dia berteriak kepada penunggang kuda tetapi hatinya menghalang. "Nanti, aku mahu lihat sejauh mana kebenaran kata-kata Musa mengenai tuhannya," senyum nakal terukir di bibir si pemuda.
Tidak lama selepas itu, datang seorang budak lelaki ke mata air tersebut. Demi terlihat kantung air yang ditinggalkan di atas batu, budak tersebut terus mengambilnya dan berlalu pergi. "Hei, itu kantung lelaki berkuda, jangan kau curi..." jerit pemuda di dalam hati. Dan seketika, terlihatlah olehnya seorang lelaki tua yang bertongkat menuju ke arah mata air tersebut. Melihatkan keadaannya, rasanya lelaki tua itu kurang penglihatan. Dengan bersusah payah, lelaki tua itu duduk berehat di atas batu tempat kantung air diletakkan dahulunya.
Tiba-tiba lelaki berkuda tadi datang kembali. "Hei orang tua, ada kamu lihat kantung airku di atas batu ini?" kasar suara lelaki itu. "Tidak nak, aku ini baru sahaja sampai di sini, lagi pula, untuk apakah aku mangambilnya?" jawab si tua perlahan. "Ah, bohong. Aku lihat kamu ini seorang yang tidak boleh dipercayai. Entah-entah kamu telah mengambil dan menyembunyikannya. Serahkan kembali kantung air itu orang tua, atau buruk padahnya..." suara ancaman lelaki tersebut benar-benar biadap. "Tidak, tidak, aku tidak mengambilnya. Lihatlah keadaanku, mataku rabun dan hampir buta, mustahil aku mengambilnya, melihatnya pun tidak..."hujah si tua.
Tanpa disangka tanpa diduga, lelaki berang itu menghunus dan merodok belatinya ke perut si tua. Amarahnya meluap menutup akal warasnya. Si tua tewas di tangan gagah lelaki durjana. Dia memacu kudanya deras meninggalkan mata air, dengan darah di tangan yang masih merah basah.
Si pemuda tergamam. Segala peristiwa yang berlaku sepantas kilat, sukar difahami. Badannya menggigil melihatkan tubuh si tua longlai di atas batu. Dan dia meninggalkan mayat itu lantas menemui Nabi Musa.
"Wahai pemuda, sudahkah kamu melihatkan kebijaksanaan dan keadilan Allah?" sapa Nabi Musa seraya menyambut pemuda itu. "Sukar untukku percayai apa yang berlaku. Apakah ada keadilan di dunia ini? Di manakah tuhan ketika manusia benar2 memerlukannya? Mengapakah insan yang tidak berdosa terkorban tanpa pembelaan?" tutur katanya tidak keruan, meracau barangkali. "Sabar wahai pemuda, ceritakanlah apa yang kau lihat sepanjang hari," pujuk Nabi Musa penuh hikmah.
Lalu diceritakanlah segala yang berlaku. Betapa kantung air itu adalah milik lelaki berkuda, dan diambil atau dicuri lebih tepat, oleh seorang budak, tetapi mengapa mesti si tua yang kurang penglihatannya pula dituduh dan dibunuh? "Kamu kata tuhanmu maha melihat dan maha adil. Di manakah tuhanmu ketika itu wahai Musa?" soal si pemuda kepada Nabi Musa. "Wahai pemuda, sesungguhnya Allah itu maha luas pengetahuannya dan Dialah yang Maha Adil. Ilmunya menguasai segala perkara yang terlihat dan tersembunyi. Dan keadilannya meliputi segenap waktu dan tempat. Tahukah kamu bahawa pemuda berkuda itu baru sahaja merompak sebuah rumah? Antara benda yang dicurinya adalah kantung air yang kau lihat tadi. Dan budak lelaki yang mengambil kantung itu adalah pemilik sebenar kantung tersebut. Maka seadilnyalah dia mendapatkan kembali hartanya yang dicuri. Lagi pun, kantung itu ditemui semula oleh pemiliknya, bukanlah diambil secara tidak sah, adil kan?" Nabi Musa menerangkan duduk sebenar.
"Tapi, mengapa pula lelaki tua itu dituduh dan kemudiannya dibunuh? Dosa apakah yang menyebabkan dia menerima nasib seburuk itu? Adilkah itu?" masih tak puas hati. "Dan lelaki tua itu sebenarnya telah membunuh bapa kepada lelaki berkuda sewaktu mudanya. Tiada saksi dan bukti yang kukuh terhadap lelaki tua itu dan selama ini dia terlepas dari hukuman pemerintah. Hanya Allah yang maha mengetahui mengenai rahsia si tua itu, dan hari ini, dia telah menerima hukuman setimpal," penerangan yang sangat jelas oleh Nabi Musa. "Nah, sekarang kamu telah lihat betapa luas pengetahuan Allah dan keadilannya. Sesungguhnya ilmu Allah itu maha luas dan kadang kala tidak tercapai oleh akal manusia. Adakah keadilan selain daripada keadilan Allah?" pertanyaan Nabi Musa yang lembut benar2 mematikan hujah si pemuda, memecah bendung keegoannya dan meruntuh tebal kejahilannya.
"Benar wahai nabi Allah. Dan aku bersaksi bahawa Dialah Allah tiada tuhan selain-Nya, dan kamu adalah utusan-Nya. Terimalah imanku..." ucap si pemuda dengan iringan air mata.
Bolehkah doa itu mengubah?
Qada' Allah itu ada dua sifatnya.
1. QADA MUBRAM
Adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun. (Contoh: Mati pasti akan berlaku). Takdir di dalam bentuk ini tidak boleh dan tidak mungkin berubah secara mutlak. Jika ia berubah ia mencacat kesempurnaan Allah dan hal ini adalah mustahil di sisi Allah. Berhubung dengan ini Allah berfirman:
“Keputusan di sisiKu tidak akan berubah dan Aku sekali-kali tidak menzalimi hamba-hambaKu.”
(Surah Qaaf: 29)
2. QADA MUALLAQ.
Takdir yang kedua ialah takdir yang tertulis di Lauh Mahfuz dan ia dikenali juga sebagai takdir mu’allaq. Takdir ini boleh berubah dari masa ke semasa, contoh paling mudah..dulu masa sekolah awak seorang yg rajin, pelajar cemerlang..tapi bila dah masuk u, awak berubah.. jadi malas nak belajar, macam mana nak bjaya kan..pastilah dapat result pun yg tak bagus kan.. jadi kita kena lah berusaha untuk dapatkan yg lebih baik dalam hidup kita ni..
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa.
Ingatlah, berdoa itu bukan sahaja untuk kita memohon hajat bahkan satu ibadat. Tidak salah untuk kita berdoa, bahkan Allah sangat suka hamba-Nya meminta kepada-Nya.
Ustaz ceritakan juga tentang doa ajaran Rasulullah SAW kepada Ummu Salamah. Doa ini boleh diamalkan bila ditimpa musibah;
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّهَا قَالَتْ
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَقُولُ مَا مِنْ مُسْلِمٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ فَيَقُولُ مَا أَمَرَهُ اللَّهُ
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي
وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا إِلَّا أَخْلَفَ اللَّهُ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا
قَالَتْ فَلَمَّا مَاتَ أَبُو سَلَمَةَ
قُلْتُ أَيُّ الْمُسْلِمِينَ خَيْرٌ مِنْ أَبِي سَلَمَةَ
أَوَّلُ بَيْتٍ هَاجَرَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
ثُمَّ إِنِّي قُلْتُهَا فَأَخْلَفَ اللَّهُ لِي رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَتْ أَرْسَلَ إِلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
حَاطِبَ بْنَ أَبِي بَلْتَعَةَ يَخْطُبُنِي لَهُ
فَقُلْتُ إِنَّ لِي بِنْتًا وَأَنَا غَيُورٌ
فَقَالَ أَمَّا ابْنَتُهَا فَنَدْعُو اللَّهَ أَنْ يُغْنِيَهَا عَنْهَا وَأَدْعُو اللَّهَ أَنْ يَذْهَبَ بِالْغَيْرَةِ
Dari Ummu Salamah sesungguhnya telah berkata telah mendengar Rasulullah saw bersabda:
"Setiap orang Islam yang ditimpa musibah lalu dia mengucapkan apa yang diperintahkan Allah iaitu;
Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Allah. Ya Allah! Berikanlah aku pahala kerana musibah yang kuderitai dan gantikan yang lebih baik.
Nescaya Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik"
Ummu Salamah berkata:
"Setelah Abu Salamah (suaminya) meninggal dunia saya mengatakan (dalam hati) siapakah orang-orang Islam yang lebih baik dari Abu Salamah orang pertama yang hijrah bersama keluarganya kerana (mematuhi) Rasulullah saw?
Kemudian saya mengucapkannya sekali lagi. Lalu Allah menggantikannya
dengan Rasulullah saw. Rasulullah saw mengutus Hatib bin Abu Baita'ah meminang saya untuk menjadi isteri beliau.
Saya menjawab, bahawa saya mempunyai seorang anak perempuan dan saya seorang perempuan yang cemburu.
Beliau menjawab : "Adapun anak perempuannya. Kita doakan
supaya dicukupkan Allah keperluannya dan tidak tergantung keperluannya
kepada ibunya dan aku mendoakan supaya Allah menghilangkan cemburunya".
(Hadis sahih, Riwayat Muslim)
3 sifat penting dalam menjadi hamba yang beriman dengan ketentuan Qada' dan Qadar ialah:
1. Sentiasa berfikiran positif. Allah itu seperti sangkaan hamba-Nya. Kalau kita rasa Allah akan tolong kita, Allah pasti akan tolong kita. Yakinlah.
2. Sentiasa berusaha
"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
[ar-Ra'd: 11]
3. Sentiasa bersangka baik
"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
[al-Baqarah: 216]
...to be continued insyaallah
Carilah keredhaan Allah, bukan hanya izinnya. Sebab hanya dengan redha-Nya membenarkan kita ke syurga. Bila Allah izinkan sesuatu itu terjadi tetapi Dia tidak redha degannya, itu mungkin petanda murka-Nya. Allah. Semoga Allah pimpin jalan kita agar sentiasa dalam menuju keredhaan-Nya.
Bila ditanya oleh salah seorang peserta apa yang dimaksudkan dengan redha atas ujian, Ustaz Ridha menyatakan bahawa menangis itu fitrah. Itu bukan tanda kita tidak redha dengan ketentuan-Nya. Tetapi bila ada ketidakpuasan hati atau kita mencela apa yang berlaku; nah itu tanda hati anda tidak redha dengannya. Redha itu di hati, bukan hanya di akal makna kata bila kita benar-benar menerima segala ketentuannya, hati kita tenang dengan apa yang terjadi bukan sekadar kita fikir kita redha sedang hati rmenyimpan dendam yang entah pada siapa.
...to be continued insyaallah