T.H.E.S.I.S
True Happiness Ended Since It Started
Is It???
Benda belajar minggu ni related to THESIS;
1. Mudahkan urusan orang lain. Percayalah, Allah pasti akan mudahkan urusan kita.
"Seseorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Dia tidak boleh menzaliminya dan tidak boleh membiarkannya dizalimi oleh orang lain. Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barangsiapa yang melepakan sesuatu kesulitan saudaranya, maka allah akan melepaskan salah satu kesulitan di hari kiamat dan barangsiapa yang menyembunyikan keaiban seorang muslim lain, maka allah akan menyembunyikan keaibannya di hari kiamat ".
(Muttafaq Alaih)
2. Jangan sesekali merendah-rendahkan orang; termasuk merendah-rendahkan orang di hadapan orang lain.
"Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan, mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah daripada kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan jangan pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya itu maka merekalah orang yang zalim."
(Surah al-Hujurat, 11)
“dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada Hari Kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah Kami kurniakan kepada kamu; dan Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong yang kamu dakwa bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu dakwa”
(Surah al-An’am, 94)
*Finally, rekod tercatat. tempoh paling lama aku boleh 'pending'kan air mata ni dari mengalir is only 58 hours.
tapi ada satu syarat penting: ralitkan diri anda dengan kerja-kerja lain yang x melibatkan masalah anda.
Allah, betullah thesis ni sangat menguji kesabaran dan kekuatan diri kami Ya Rabb.
Permudahkan Ya Allah, akutaknakubahtajukthesis..