Thursday, September 27, 2012

K.A.K.A.K

Salam.

Susah rupanya jadi seorang kakak. patut la Allah takdirkan aku untuk ada seorang adik kandung. Itupun aku rasa tanggungjawab sebagai seorang kakak kepada adik kandung ni masih ringan kerana berkongsi rasa bersama kakak-kakak dan abang-abangku yang lain.

Berbeza keadaan di kolej. Menjadi seorang kakak kepada belasan atau puluhan adik memang menyeksa jiwa. Risau dengan perjalanan akademik mereka yang pasti semakin mencabar; gerak kerja yang takkan pernah putus dan pelbagai tekanan dari pihak lain yang pasti datang silih berganti. Gelisah. Bimbang. Buntu. Aku dah tak tau apa yang aku mampu buat untuk bantu mereka.

Maaf adik-adik, hanya doa yang akak mampu untuk terus berikan. Dan akak percaya adik-adik dah cukup kuat untuk hadapi semua dugaan dan cabaran dari Dia.

Cukuplah kerisauan ini untuk menggugat jiwa. Aku dah cukup serabut. Bila ada hal-hal lain yang remeh dan kecil cuba dibesar-besarkan, maaf; aku rasa anda dah cukup dewasa untuk selesaikannya. Hadapi masalah untuk diselaikan; bukan untuk dipanjang-panjangkan.

Cuba untuk senyum. :)

*Bila dah sampai post kat sini, memang aku dah sampai peringkat SERABUT TAHAP DEWA!
Tenanglah wahai diri. Allah kan ada. :)