[soundtrack: Sentuhanmu by inteam]
mak: achik ni ada 'nyakit' ayah sikit ni.
saya: :p
mak cakap camni bila saya malas nak jawab soalan angah.
coz ayah saya (n me), xkan jawab soalan y memang si penyoal tu memang dah tau jawapannya or jawapannya memang dah terang-terang depan mata. heh.
*nyakit=perangai
lepas tu bila saya, kakak2 n adik dok selongkar beg y ada dokumen2 ayah,
kami jumpa catatan ini-y buat saya sedar persamaan seterusnya saya dan ayah,
catatan ni ayah tulis semasa menghadiri 'tamkat' polis. ~~
AKU DAN PERUBAHAN
TANGGAL 25/8/2000
AKU SAMPAI DI MPRD PDRM KK
HADIRI KURSUS ETIKA DAN PENGURUSAN INTEGRITY
BIL 44 SIRI 19/2000
DARI DALAM KEGELAPAN DAN DEBARAN
DETIK 1630 HRS HARI YANG SAMA
TAKLIMAT KURSUS DIBERI
OLIH PARA (JURULATIH) FASILITATOR
TAKLIMAT DITERIMA
SEMUA PERINGKAT AKAN HADIR
DARI PEGAWAI HINGGA ANGGOTA BAWAH
DEBARAN HILANG
DETIK 2030 HRS
KURSUS BERMULA
SESSI PENGENALAN DIRI
PEMBUKA TIRAI
MENIMBUL YAKIN DIRI
TANGGAL 26 OGOS
DAN SETERUSNYA
SESSI TOPENG, BELON DAN MUMIA DILAKSANAKAN
MELAMBANGKAN GAYA HIDUP BERPURA-PURA
SOKONGAN KAWAN PENTING
PENDAPAT RAMAI
LEBIH BAIK
DARI PENDAPAT SEORANG
TIDAK RUGI UCAPAN
TERIMA KASIH
KEPADA ORANG LAIN
SESSI TUTUP MATA
AMALAN KERJA BERPASUKAN
SESSI AKU
KEPERCAYAAN KEPADA KAWAN
SORE 30 OGOS
DARI MRPD KE FORMASI
DENGAN CAHAYA TERANG
JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA FASILITATOR
KURSUS ETIKA & PENGURUSAN INTEGRITI PDRM
SIRI 19/2000
OLIH:
YDH SUPT. AZMAN MAT YUSOF
KETUA POLIS DAERAH HULU SELANGOR
bersama so called sajak ni, ada lampiran 'CIA' yang buat kami adik-beradik terharu...
LATAR BELAKANG KELUARGA
>DARI KELUARGA MISKIN
>ANAK KEDUA
PELAJARAN
>........(xfaham tulisan)
>SRP
PENGALAMAN
>PGA
>TUGAS AM
MINAT
>MENONTON TV
>MEMANCING
HARAPAN & EKSPEKTASI
>SEMUA ANAK-ANAK BERJAYA
AKU...KEKUATAN & KELEMAHAN
>TIDAK MUDAH MENGALAH
SEMOGA CITA-CITA MURNI AYAH TERMAKBUL!
TOLONGLAH BERUSAHA JADI ORANG BERJAYA WAHAI ASMA!!!
AND MOGA-MOGA AKU MEWARISI KEKUATAN DIRI AYAH...
p/s: moga hujung minggu ni best walaupun tanpa ayah di sisi...
nak borong coklat banyak2!