Friday, April 4, 2014

Kerja Ep 5: Perempuan lebih afdhal di rumah?

"Saya rasa hidup ayah saya perfect kak."

Perfect?

"Ye la. Ayah kerja, cikgu. Bini tak kerja. Balik umah bini ada kat rumah. X yah risau cane bini besarkan anak2. Skang umur 4O lebih, anak2 dah besar, dah kerja. Boleh sara ayah plak. Kalau dia taknak pergi mengajar dah pun takpe kalau dia taknak."

"Orang dulu, Salam (bkn nama sebenar). Sekarang jarang perempuan x kerja. X mampu."

"Bila pikir anak-anak, memang takut nak kahwin. Kalau ikutkan, saya memang x nak isteri saya kerja. Biar dia duduk rumah, besarkan anak2. Hidup ni x mewah pun xpe, asalkan x susah. Asalkan x susah."

Dua kali dia ulang statement last tu. Nampak muka serius adik ni. Perbualan ini tercetus bila buka cerita tentang anak2 muda meninggal waktu konsert FMFA, selingan dari cerita pasal keluarga sambil2 packing aqueous cream.

Esoknya sempat lagi sekali adik ni tanya,
"Cane kak, dah pikir ke nak keja mana nanti?"
"Masih merancang Salam."
Jawapan selamat, bila diri sendiri tak pasti dengan keputusan yang patut diambil.


Ditakdirkan, pagi tadi sempat dengar sekejap tanyalah ustazah dengan tajuk "Isteri lebih afdhal di rumah?" Dengar tajuk ni memang tertarik, tapi dalam banyak2 soalan n jawapan, aku sempat tangkap sikit je jawapan ustazah ni;
"Bukan semua anak2 wanita bekerjaya ni rosak. Ada je yang menjadi. Dan bukan semua anak2 surirumah ni menjadi, ada je yang tak terkawal oleh ibunya. Pokok pangkalnya, tanamkan taqwa dalam diri. Doktrin anak2 tak kisah kat mana dia berada, ada Allah yang memerhati. Ada Malaikat kiri kanan yang mencatat setiap perbuatan kita."

Dan bekerja bukan alasan untuk kita tak sempat membesarkan anak2 kita dengan didikan yang terbaik kan?

Moga Allah permudahkan. Moga Allah beri pilihan terbaik.

Tak kahwin lagi dah risaukan anak2. Bila bos amik cuti seminggu sebab anak nak UPSR persoalkan. Ish.

*Backdate*

Wednesday, April 2, 2014

Kerja Ep 4: Dipengaruhi vs Mempengaruhi

8.35pm
020414

Bismillah.

Misi menyiapkan 1 entry minggu ni bermula. (Saja catat tarikh mula menulis nak tengok berapa lama draft ni akan terpublish)

Sesuka hati membahagikan setahun PRP ni kepada 3 Fasa dan Alhamdulillah dah mula melangkah ke Fasa 2. Fasa clinical yang critical. Mula dengan TPN, lepas TDM dan terakhir Ward di kala orang meriah dengan pesta Ibadah n pesta makanan sepanjang Ramadhan n Syawal. Harap2 masih sempat melalui Ramadhan dengan bahagia yang sangat-sangat dirindui suasananya.

Sejujurnya, cuak tahap dewa nak masuk station TPN. Sebab? Selalu tengok kengkawan 'kena' dengan bos2 ni. Alhamdulillah, ada kawan berkongsi tips untuk tackle bos. Tips pertama, banyak baca al-Fatihah and tujukan pada dia. Sunnah? Tak pasti. Tapi teringat ada satu kisah yang Allah sembuhkan penyakit seseorang ni bila ada sahabat Rasulullah bacakan Al-Fatihah kepadanya dan benar2 berharap Allah sembuhkan penyakitnya. Maka dengan izin Allah, sembuh la penyakit insan ini atas satu surah yang semua yang mengaku Muslim wajib hafal kan. Tips kedua, yakinlah Allah yang pegang hati manusia, jadi mintalah pada Allah agar ditenangkan hatinya dan hati kita bila bekerjasama (nak guna perkatan bersama instead of bekerjasama tu tapi cam boleh mendatangkan fitnah plak, ~~).

Tajuk tu aku pilih bila sejujurnya agak 'sakit' dengan persekitaran kerja sekarang. Beza sungguh, suasana belajar dan kerjaya. Waktu belajar, dalam beribu-ribu pelajar, kita boleh memilih dengan siapa ingin kita bergaul untuk membina peribadi kita. Ya. Tanpa menafikan keperluan untuk tetap berhubung dengan insan-insan lain yang mungkin pilihan hidupnya sedikit berbeza dengan kita. Berada dalam dunia kerjaya, pilihan untuk memilih persekitaran bukan lagi milik kita. Sekarang, masa untuk membentuk persekitaran kita dengan segala kudrat, ilmu, kefahaman yang Allah pinjamkan untuk kita.

Jujur, aku tak gagah untuk bersendiri.
Sukar, untuk menghentikan manusia2 yang kelaparan memakan daging saudaranya sendiri dalam keadaan mereka sedar mahupun tidak.
Payah, untuk menghentikan penindasan yang dilakukan oleh pihak berkuasa di depan mata bilamana sang penguasa sendiri mungkin tidak menyedari mereka sudah melakukan kezaliman.
Tak ditegur? Bukan semudah itu.
Ego yang tak mudah ditunduk, nafsu yang tak mudah dijinak, syaitan yang tak mudah diendah sentiasa berada di sisi.
Allahu, kuatkan aku, kuatkan kami. Jangan jadikan hidup ini sia-sia hanya kerana persekitan sebegini.
Nahi mungkar tak semudah belanja manusia makan nasi.
Beralasan? I am. Tapi ini bukan alasan untuk aku putus asa. Allah sangat tak suka orang yang putus asa, Dia ada kenapa tak minta tolong?
Beberapa bulan berbaki, moga aku tak semudah itu untuk dipengaruhi persekitan negatif. Dan aku lebih kuat untuk membentuk persekitan positif.
Doakan aku.

Sekarang baru faham kenapa kak murni keep reminding me untuk jadi kuat menghadapi perangai rakan2 sekerja.

P/s: Percayalah setiap manusia ada sisi baik yang lebih enak diceritakan berbanding sisi gelapnya. Kalau kita tak suka aib kita dibuka/ ditayang/ dicanang satu alam semesta, kenapa masih memilih kelam berbanding cahaya?

#Rasa banyak kali guna perkataan TAPI sejak bekerja ni. Perkataan yang sangat tak disukai sebelum ini. Ya Rabb, jauhkan aku dari hidup beralasan. :(

9.16pm
020414
(Dah boleh sambung study TPN, Esok bos tak pergi training tenis Asma. 1st week je dia rajin nak mengajar, 2nd week bersedia untuk bom2 soalan A-Z. Periodic table pun nak kena khatam balik ni. ~~)